Tuesday, January 28, 2014

Sinar Harian: Susu formulasi makanan sunnah

Jika dilihat dari segi pasaran susu di Malaysia khususnya, semua produk susu dihasilkan dari kalangan orang bukan Islam sehingga menimbulkan persoalan kenapa orang Islam tidak menghasilkannya sendiri sedangkan 60 peratus penduduk Malaysia adalah orang Islam.

Sehubungan itu, My Suffy Marketing mengeluarkan produk susu jenama Suffy yang dicampurkan dengan formulasi makanan sunnah.
 
Sofian mencipta susu Suffy yang dicampurkan dengan formulasi makanan sunnah memberi kebaikan dan khasiat tinggi kepada kanak-kanak.
 
Pengarah Urusannya, Sofian Tajuddin, 41, berkata, susu Suffy berasal daripada bahan berkualiti dan berkhasiat tinggi, seterusnya memberi kebaikan kepada kanak-kanak.
“Kita hendak lihat pemakanan bagi generasi baru ini terkawal sejak dari dalam perut ibu lagi, seterusnya akan melahirkan insan yang berakhlak Muslim sejati,” katanya pada InfoAgro.

Katanya, kebanyakan testimoni daripada pengguna mengenai susu Suffy menyatakan bahawa susu ini telah menyelesaikan masalah kanak-kanak seperti kembung perut, sembelit, cirit-birit, hiper aktif, kurang aktif, kurang berat badan dan degil.

“Susu Suffy juga bagus untuk ibu mengandung yang mana ia memberi tenaga dan menghalang anak dalam kandungan dari terkena penyakit kuning,” katanya.

Tambahnya, produk keluaran syarikatnya ialah susu Suffy berperisa coklat dan vanila dengan tambahan kurma, kismis, madu, delima, AHA, DHA, rumpai laut dan air zamzam.

“Kita juga mengeluarkan Suffy Goat ++ iaitu susu kambing asli dengan tambahan kurma, madu, delima, rumpai laut serta air zamzam,” katanya.


Sofian berkata, produk susu Suffy mendapat pengiktirafan dari IMP (Islamic Manufacturing Practice) dan berstatus halalan thoyibba.

Menurutnya lagi, dari sudut kepenggunaan, purata penduduk di negara kita merupakan masyarakat Melayu beragama Islam dan kini tahap kesedaran mereka mengenai produk halal amat tinggi.

“Sejak setahun lalu, susu Suffy telah berada di pasaran di seluruh Semenanjung Malaysia dan sambutannya amat menggalakkan.

“Produk susu Suffy banyak terdapat di farmasi orang Islam, kedai runcit, toko jamu dan rangkaian kedai halal Muslim,” katanya.

Dalam pada itu, Sofian berharap syarikatnya menjadi sebuah syarikat bumiputera berjaya dalam bidang perniagaan dan pemasaran yang berlandaskan syariah Islam dengan cara menjana ekonomi umat Islam serta mewujudkan masyarakat yang sihat dan ceria.

“Kita berhasrat untuk membina remaja atau masyarakat yang taat dan patuh pada perintah ALLAH SWT melalui pemakanan sunnah,” katanya.
 
 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...